Assalamu’alaikum..
Dalam tidak kurang dari satu bulan lagi para pelajar Uni of Adelaide dan UniSA bakal menjalani ujian akhir semester 1 2009, masing-masing sudah terasa akan bahang SWOT VAC yang bakal menjelang nanti. Bagi para pelajar senior, sudah pasti kenangan-kenangan lama semasa berSWOT VAC terngiang-ngiang di ingatan dan kali ini menjanjikan suatu persediaan yang sama atau lebih hebat berbanding minggu belajar pada tahun-tahun yang lepas. Cabaran-cabaran seperti tidak tidur malam, tidak memasak di rumah, bersama-sama solat di masjid dan pelbagai kenangan yang lain bakal berulang dan seharusnya setiap pelajar perlu bersedia untuknya!
Untuk para pelajar baru/junior, sudah pasti ini merupakan SWOT VAC pertama yang bakal dilalui. Mungkin antara para pelajar sudah ada yang pernah merasa kesibukan Study Week ini (eg di KBU, INTEC dll) namun ini merupakan SWOT VAC pertama dalam kehidupan sebagai pelajar universiti, pastinya menjanjikan sesuatu yang baru untuk kehidupan setiap pelajar.
SWOT VAC=Study WithOut Teaching VACation
Bagi yang tiada exam eg. postgrads, para pelajar jurusan Senibina, dll. mungkin merasakan hal ini tidak relevan untuk diperbicarakan dalam kalangan mereka kerana mereka tidak akan menduduki exam. Namun, realitinya, Siri ke-4 Kembara Ilmu bukan sahaja merungkai persediaan seorang individu untuk menduduki peperiksaan ini sahaja/semata-mata, sebaliknya Siri ke-4 Kembara Ilmu akan merungkai persediaan seorang manusia untuk kejauhan hari yang bakal ditempuhinya kelak.
Seorang pelajar perlu bersedia untuk menghadapi exam, seorang postgrad perlu bersedia untuk final presentation, masakan seorang manusia yang bergelar muslim tidak perlu bersedia untuk hari-hari mendatang, bukan?
Justeru, ayuh ke Siri ke-4 Kembara Ilmu dan Majlis Solat Hajat…

Siri ke-4 Kembara Ilmu kali ini membicarakan ayat 60 surah al-Anfal dan disertakan juga dengan majlis solat hajat.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 5 Jun 2009 (Jumaat)
Tempat: Eclipse Function Room, Tingkat 4 Union House,
University of Adelaide North Terrace Campus
Masa: 6.30pm hingga 9.00pm
Pengisian oleh: Dr. Mohd Zaki Ibrahim (Pengerusi ISMA Australia)
Seperti sebelum ini, Siri ke-4 Kembara Ilmu ini dikelolakan oleh MISSA dan Majlis Solat Hajat ini dianjurkan bersama oleh MISSA, MASCA SA, UMNO SA dan PetSA. InsyaAllah, jamuan makan malam disediakan oleh keempat-empat bakal penganjur.
Tentatif kasar program:
6.30 – Solat isya’ dan solat hajat
7.00 – Jamuan makan malam
7.30 – Pengisian oleh Dr. Zaki (selingan: Multimedia eg. video dll)
8.45 – Bersurai
Jom!
Ajak semua untuk hadir!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil-wakil kami:
- Saifuddin Khalid (Saif) – 043 368 5148
- Intan Sofia Omar (Intan) – 0425837100
- atau mana-mana ahli gerakkerja MISSA yang anda kenali
- atau mana-mana AJK MASCA SA, UMNO SA dan PetSA yang anda kenali
atau layari mymissa.com untuk sirikembarailmu-siri04
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 8 Mei 2009 (Jumaat)
Tempat: Eclipse Function Room, Tingkat 4 Union House,
University of Adelaide North Terrace Campus
Masa: 8.00pm hingga 9.00pm
Pengisian oleh: Dr. Mohd Zaki Ibrahim (Pengerusi ISMA Australia)
Jom!
Ajak semua untuk hadir!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil-wakil kami:
- Saifuddin Khalid (Saif) – 043 368 5148
- Intan Sofia Omar (Intan) – 0425837100
- atau mana-mana ahli gerakkerja MISSA yang anda kenali
atau layari mymissa.com untuk sirikembarailmu-siri03
Posted in Uncategorized
Recent Comments